Thursday, September 15, 2011

tambah tolak darab bahagi


Aku tak tahu.
Maybe terlalu awal untuk aku anggap kau sebagai bestfriend aku.
Perkenalan kita masih ditahap awal.
Bru 6bulan kita rapat.
Tapi,aku dah rasa yg kau akan jd kawan aku untuk selamanya.

No.bukan aku susah nak terima kau sebagai kawan baik aku ke apa.
Cuma aku takut somethings happen again.
Macam yg pernah aku alami sebelum ni.
Friendship yg aku anggap akan kekal hingga liang lahad,terputus sebelum sempat pun aku nak mengenali dia.

Sungguhpun aku berharap Allah berkati persahabatan kita ni.
Sampai bila bila.

FAIROS BINTI IBRAHIM,
ingat tak lagi time ni:

1)aku pijak sliper hang depan BSN.
2)aku sapu eyeliner hang depan orang ramai kat Ani Sup Utara.
3)aku pinjam seluar uniform hang.
4)aku ukur seluar uniform hang dgn seluar aku sebab yg hang punya pendek skit.
5)kita pergi Parkson sampai A'an ingat kita tinggal dia.
6)aku nak lintas jalan tp hang tarik tangan aku kat depan Mydin.malu kut.
7)kita cari rumah sewa Sya sampai nak gila tp akhirnya jumpa gak.
8)kita otw pergi umah Sya tp minyak keta nak habih,hang kalut.
9)kita ngumpat 'kakak2' hang yg menggedik kat Ani Sup Utara.
10)hang lupa yg hang janji ngan aku,Uwa n Dayah nak kuaq skali tp sampai kedai jumpa hang ngan Kak Nurul n Liza.
11)aku beli baju Polka dot yang hang tak jd belli tuh.
12)hang bukak tingkap kereta kononnya panaih padahal kat luaq tgah hujan kut!

dan yang paling penting,
hang ingat tak malam yang aku cerita kat hang pasai problem aku,
kita nangeh sesama then pagi esok nya mata hang yang bengkak?
hang nangeh sebab aku.
:')

hang ingat lagi tak fey?







p/s:hang cantik.


Friday, July 15, 2011

pernah kehilangan kawan?

Assalamualaikum semua.
hari ini mood saya lebih kepada bercerita dan merintih.
terpulang,taknak baca,mungkin boleh terus pangkah button merah 'x' kat atas sana k.

Ya Allah..kenapa lah aku rasa rindu sangat pada dia hari ni.
aku rindu pada kawan aku.
yang mana sekarang bukan lagi kawan aku.

Kawan,pertama kali aku jejakkan kaki di kolej ni,aku tak rasa yang aku akan gembira..
tapi sejak jumpa kau,terdetik dalam hati aku,kaulah orang yang akan jd bestfriend aku disini.
kau boleh terima aku,aku boleh terima kau..

aku rindu masa dulu.
gembira.
aku rindu nak berkawan semula dengan kau.
aku rindu nak makan semeja dengan kau.
aku rindu nak dengar gelak tawa kau.

dulu,makan sama2.
minum sama2.
keluar sama2.
apa yang aku rasa,semua aku share dgn kau..

walaupun kita baru kenal masa tu.
aku rasa rapat dgn kau.
jujur aku kata.

sekarang,kau bukan lg dgn aku.
kau lari dari aku.
kau jauh dari aku.
mungkin dah berbulan kita tak bertegur.

bila berselisih,aku tunduk,aku elak bertentang mata dgn kau.
aku rasa bodoh bila keadaan tu berlaku.

sampai sekarang,aku tanya diri aku
apa salah aku?
kenapa?
apa aku dah buat sampai kau jd mcm tu dgn aku?

maaf?
dah berulang kali aku lafazkan.
tapi kau tetap sama.

aku still ingat masa itu.
masa yang mana aku kehilangan kau.
malam tu.
sampai mati pun aku takkan lupa.
aku takkan lupa hari aku kehilangan seorang kawan.

Demi Allah aku katakan,setiap kali lepas solat aku doa.
aku doakan friendship kita kembali mcm dulu..
tp buat masa sekarang,Allah masih tidak kabulkan doa aku.
aku percaya,ALLAH menjanji kan yang terbaik buat kita.
aku harap kita macam dulu semula.

tiada manusia yang sempurna didunia ini.
aku sedar.mungkin aku melakukan kesilapan.
mungkin aku lalai.
hanya kata maaf aku mampu lafazkan di sini.

aku rindu kau KAWAN.

Friday, July 8, 2011

Pada pandangan saya.

Assalamualaikum semua.
anda pernah dgar tentang BOGEL MENUJU TUHAN by ZAHIRIL ADZIM?
ya,sebuah buku yg ditulis oleh beliau,seorang artis.

sebelum saya menulis entry ini,sy terbaca sebuah artikel dimana sesetengah pihak mempertikai kan tentang TAJUK BUKU/PENULISAN terbabit.
so disini,saya ingin memberi pendapat saya mengenai "permasalahan" ini.
apa yg terlitas difikiran saya?

pertama.
kita tak patut menilai sesuatu tu hanya dr zahir nya.
tentang buku ni,kita tak patut klasifikasikan perkataan BOGEL itu sebagai lucah.
pada saya,maksud penulis disini ialah berserah segalanya kpd yang MAHA ESA tanpa berselindung apa-apa.
dan bukanlah seperti yg dinyatakan diatas tadi.

kedua.
dah baca buku tu?what?belum?
then kalau belum,jangan cakap yang bukan2 dulu okay ;)

ketiga.
mungkin memang menjadi sifat sesetengah orang Melayu yang mana tak boleh melihat orang lain berjaya.
iri hati sememangnya virus yg paling sebati dlm masyarakat kini.
Zahiril seorang artis,juga seorang Blogger yg hebat.
saya selalu juga stalk blog beliau.Ya,beliau penulis yang berbakat.
moral,jangan lah mudah condamn usaha orang lain,biarkan Zahiril kembangkan penulisan beliau.

keempat. (which is terakhir)
setiap orang ada persepsi mereka tersendiri kan,bagaimana mereka mentafsir sesuatu benda?
jadi disini,saya berpendapat bahawa inilah cara bagaimana Zahiril meluahkan pendapat dan persepsi beliau untuk di share kan kepada orang disekeliling :)

apa-apa yang ditulis disini adalah tulus dari hati dan tiada langsung niat dihati ingin mempertikaikan pendapat mana-mana pihak.
jika da kesalahan di entry ini,jutaan maaf dipinta.
cheers (:


Friday, July 1, 2011

Perkataan yang paling berkuasa.

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum.
kat sini tiada cerita yang spesifik.
apa yg terlintas,itu lah yg diketuk di keyboard.
SO..
pernah tak kita terfikir kalau-kalau dalam satu hari tu kita da sakitkan hati orang?
lepas kita sedar,apa tindakan kita?
sanggup ke kita bangun capai handphone,or bukak lappy online then cakap "i'm sorry" kat dia ?
sanggup?
mungkin yang selalu terjadi nye ialah kita tak sedar bahawa kita dah buat seseorang itu sama ada kawan,family kita tu tersinggung dgn perbuatan kita.
ya.tanpa kita sedar.

sesungguhnya perkataan MAAF itu adalah perkataan yang paling mulia.
tetapi,bg manusia biasa mereka fikir perkataan itu lah yang paling lemah.
menunjukkan kita lemah.tp realiti nya tidak sama sekali.
jadi jika benar kita bersalah,ucapkan je maaf okay?
semuanya akan back to normal.

Friday, May 20, 2011

Siapa dia Noor Anwar Hadi bin Noor Azman Zainol ni?

1st of all,for those yang ingat nama berkenaan adalah bf saya,sangkaan anda meleset :)


inilah dia Anwar Hadi.
apa yang saya tahu mengenai beliau tak banyak.
cuma dia lahir di Kuala Krai,Kelantan.
pada 26 Julai 1990.
beliau aktif dalam sukan ragbi.
pada usianya 5tahun,beliau berpindah ke New Zealand mengikut bapanya
yang sambung belajar di sana.
so family semua has taken along.
selepas2tahun,mereka satu family pulang ke tanah air dan menetap di Kedah.
beliau merupakan anak sulung dari 4orang adik beradik lelaki.
bapanya seorang guru.
anwar seorang TESOL student di university of Macquaire,Sydney Aussie.
so,Insyaallah he will be a teacher one day :)

next thing,where i discover him?
and how?




Youtube!
I found him on Youtube.
1st of his video which I think interesting is titled #6 ewwW
best sangat.
well,melalui video2 yang beliau publish kan di Youtube,semuanya mempunyai mesej yang tersendiri.
then,thats how he express his idea.
semakin hari,semakin banyak vlogger kat malaysia ni.
and sekarang yang saya perasan mengenai video beliau ialah,
dah banyak menyentuh mengenai keagamaan dan Islam.
alhamdulillah,sekarang bila saya sendirian dan berfikir,
memang benar apa yang diperkatakan Anwar.
and,melalui videonya juga,saya terasa ingin berubah. 
thats very great anyway.
congrats dear ;)


with his 'awek cun'
haha


with his mom.

pernah terdetik dihati,kalau tak solat Allah tarik nyawa.
teringat video Anwar titled JOM BERSIAP.
berbalik pada kisah video2 nya,saya terfikir,
boleh ke kalau saya berubah sebab video2 tu?
tak pe ke?
then ada seorang kawan saya cakap,
mungkin Allah menghantar Anwar sebagai penghubung-Nya untuk awak berubah.
Insyaallah saya akan berubah kearah yang lebih baik.

to Anwar,best of luck in whatever u do.
keep on spread the dakwah.
may Allah bless u always.
*hoping he'll read.u wish,Bella!
lastly,
ok,HE'S MY IDOL :)

Tuesday, May 17, 2011

Happy Hari Cikgu~

alhamdulillah...hari guru datang lagi..
seriously,i missed my job for being a teacher.
walaupon hanya guru tadika,it teaches me a lot.
bukan mudah nak jd seorang guru.perlu kesabaran,kekuatan mental..
kat sini,aku rasa bersyukur sgt sebab diberi peluang tuk jadi 'teacher' kat Tadika Tunas Pintar neh :)
for my those ex-students, "Teacher Bella rindu kamu semua!!!!!" *shouting

now,just layan gambar one of my hero ni okay ;)







Wan Muhammad Aizat bin Wan Muhd Azan,
my love one :)

Sunday, May 8, 2011

malas nak tulih entry.

"ibu..ibu..engkaulah ratu hatiku.."~
assalamualaikum peeps.
hope sumer sihat selalu and diberkati oleh-Nya.
1st of all,guysss..wake uppp! its a big day!!!
ya....MOTHER'S DAY!!! 
hari ibu,hari mama,hari ummi,hari mummy,hari mom,hari mak and all whatsoever~
cter aku?smlam malam mama call,lepas aku solat.
then adik tanye,"angah,esok hari apa?"
then aku ckp,"hari ibu"
hehe then ckp ngan mama plak.
ma ckp,"ohhh tak wish pun eyh?"
heee *bukan esok ke hari ibu?* (aku pkir dlm hati..)
haha then aku nyanyikan lagu hari ibu tuk mama..
then pagi td plak,
‎"Assalamualaikum mama.Happy Mother's day.
semoga ma panjang umur,murah rezeki n semoga family kita happy selalu and diberkati Allah.
I LOVE YOU MAMA."
pagi td nak send ni lah kat mama (Ruziah Awang),tp kredit phone habis....huaaaaaaa.
sorry mama :')


then makna nya,ada hikmah lahh mama call aku semalam.
mama,u're the best thing that i have in my whole life.
love u thisssss much *depakan tangan yer*
mmmuahhhhh :*

Tuesday, April 26, 2011

the REGRETS ~


Assalamualaikum semua.harap semua sehad je.
entry kali ni tentang regret @ penyesalan.
kali ni aku bersifat terbuka sikit.
bukan lah bermakna aku membuka pekung didada.
cuma,berkongsi apa yg aku rasa.

let's get this started.
fyi,aku anak kedua dr 3 adk brdik,aku seorang perempuan.
and,aku ni jenis yang degil sket.
i mean,bukan degil mcm mane lah,just kdg2 suka mmberontak (biasalah darah muda)
emm.
AKU SAYANG PARENTS AKU.
seriously,mcm cliche kan?
dulu,aku suka memberontak kat ABAH aku.
aku rasa beliau tak sayang aku.
*biasalah bila kena marah,mesti akan rasa macam tu. (childish gila ahh)
pernah skali,abah aku tegur aku pasal ape tah,then aku merajuk,ta tagur ABAH sambil nangis dlm bilik
menangis kaw2 punya.
dlam hati,"ABAH TAK SAYANG AKU,ABAH TAK SUKA AKU,SEMUA AKU BUAT SALAH"
tengah2 aku sedih menangis sedu sedan,ABAH masuk bilik.
"ABAH BUKAN TAK SAYANG ANAK ABAH,ABAH SAYANG.
ABAH NAK ANGAH JADI BUDAK BAIK.
ABAH NAK ANAK ABAH JADI ORANG BAIK-BAIK.
ANGAH DAH BESAR KAN?,ANGAH BOLEH FIKIR DAH KAN?
ABAH SAYANG ANAK-ANAK ABAH.

*Aku rindu sangat2 time tu.
sekarang,aku dah besar,abah duk jauh,KUANTAN.
aku pulak kat sini.

LAGI SATU,TIME MASUK WARD.
bila aku pergi ward,tengok muka pakcik2 dalam ward tu,aku terbayang muka ABAH.
bila pakcik2 tu mengadu sakit,mengadu makanan tak sedap,AKU FIKIRKAN ABAH.
rupanya macam ni lah keadaan abah dalam ward time abah sakit.
masa dulu,aku ingat penyakit ABAH tak seberat mana.
SYUKUR SANGAT SANGAT ALLAH DAH BAWA AKU KE SINI.
sekarang aku tahu,betapa berat penyakit abah,betapa berat ujian ALLAH untuk ABAH.
cari rezeki untuk kami sekeluarga walaupun sakit.

menitis airmata aku bila baca Discharge Note hospital ABAH.
"not functioning right kidney"
salah satu yg aku baca.
aku terus call ABAH.
ABAH ckp abah berubat kampung.
sekarang,rasa rindu yang amat sangat kat ABAH :'(
harap ALLAH SENTIASA MENGURNIAKAN YANG TERBAIK BUAT ABAH.
ANGAH SAYANG ABAH SANGAT SANGAT 

Friday, April 22, 2011

tak tahu kenapa tulis

assalamualaikum.
hey guys.hope semua sihat and happy.
aku tak tahu apa yg mendorong aku untuk tulis hari ni.
mungkin sebab bosan.
aku buat blog aku ni sbg aku punya diary.
so,mcm2 aku boleh tulis,kalau korang tak suka,tayah bace.
aku tak paksa,even a nibble.
but, if korang tak suka pun,korang boleh back off.
yg baca,thanks.
hari ni,its about cerita lama aku.
aku pernah jatuh cinta.(gelak lah kalau korang nak)
dulu,aku minat budak2 band.
ramai jugak lah yg aku kenal kat facebook.
dorang sumer okay,baik.seriously,memg aku suka.
sehinggalah ditakdirkan Allah,aku kenal seorang lelaki ni.
iwan nama dia.
dia gitaris sebuah band,top jugak lah kat kuantan ni.
1st time aku kenal dia kat myspace,then aku suh dia add aku kat fb.
tak sangka dia add.
then,makin hari aku rasa makin suka kat dia.

satu hari,kat fb,aku plan nak hang out ngan mmber aku.
then dia terbaca pasal plan kami,and nak join skali.
aku pun ok je.then dia mintak phone no ape sumer.
lepas tuh,kitorang slalu lah keep in touch..
time tuh,aku rasa bahagia gila.
aku rase ada org yg care pasal hidup aku.
(seriously i missed that moment :') )
aku mula rasa SAYANG KAN DIA lebih dari seorang kawan.
ya,betul.lebih dari kawan.

but,Allah maha besar.
Allah dah aturkan semuanya.
dalam pada kami berkawan,ada sorang lg perempuan yg slalu contact dgn dia dlm fb.
aku nampak time 2,dorang memg rapat.
layanan antara aku dgn perempuan tu,sama je.
hmm.aku mula rasa something's quite not right.
tapi takpe,aku still fikirkan yg baik2 pasal dia.
dia cakap,dia SAYANGKAN AKU.
but,lepas 3-4 bulan kitorang kawan,dia mula lain..
dia kata dia busy recording lagu.
aku terima,takpe.coz KAMI JUST KAWAN.
tak pernah declare apa2 pun.

tak lama lepas tu,perempuan tu send private message kat fb aku.
ayat nya yg lebih kurang : "hey babe,u siapa eyh?ada apa2 ke ngan iwan?"
aku relax n jawab "kami kawan je.hbu?n kenapa tak tanya iwan sendiri?"
dia reply : "kitorang ade sumthing,tp tak declare couple2 ni.n kalau i tanye iwan pun,belum tentu lg dia jujur"

DAMN!
yg tu ok lg..
then aku n iwan contact pon on-off on-off.
(maklumlahh "BUSY" kan.)
tp,aku ingat lg..dlm kami ta contact tuh,dia selalu jugak text aku.
mintak maaf coz slalu bz lah,mintak maaf ta reply text lahhh n bla bla bla.

 hidup ni penuh dgn kejutan.
satu hari tu,aku tergerak hati nak online.
then aku bukak page iwan.
" WAN C******* is in a relationship with NUR F******** "
Allah je tahu perasaan aku masa tu.
nak je aku meraung mcm orang sawan.
tp nasib baik,ALLAH TAKKAN UJI HAMBANYA LEBIH DARI KEMAMPUAN.
aku text dia,dan ckp supaya jgn contact lg.
dia kata,"not even a nibble saya rasa terpaksa melayan kamu,kamu betul2 dah membuka hati saya untuk mengenali siapa diri kamu.and,walaupun saya ada Dia,kamu tetap yg terbaik dalam hidup saya"
lepas tu,ada jugak kami contact lg..
but,jarang sgt.memandangkan kami dah tak mcm dulu lagi..

"SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA"
aku berdoa supaya Allah kuatkan hati aku.
dan semoga Allah berkati hubungan mereka.AMIN :')

Thursday, February 10, 2011

lahirnya pem-BLOGGER

passion
apa aku suka?
banyakkkkk.
photography! haha
bg aku,bila dpat capture good and lovely moments,memg puas hati
gembira beb.
susah nak cter.tp best lah.
haha
music!
local band!e.g:couple
bittersweet
the times
brainstewz
n much more lah.nak cter satu2,smpai krismas tahon dpan tak abes lg..
cop!
ini bukan senarai ex-boyfriend aku eyh..
haha
neh SYKO BREAKERZ CREW.
crew bboy abg aku :)
aku suka DANCING.
but,prefer to watch.
haha
bakat kurang kutt. :P
hehe.
MOVIE!!!
i loikkeee.
haha gedik
KAMI THE MOVIE.
i love to watch this movie!
fer 8 times per day,i guess.
haha (koya ckp omputih)
watak kegemaran aku?confirm lah LIYANA JASMAY :)

best kan?hehe
and lagi satu watak KESAYANGANKU~
sharul ezani *wink wink
cool gila mamat neh
sumpah minat. :P
and,kat skul aku ade kawan 4 org.
just like KAMI
hehe
tp kitorang namakan [kita]
[KITA]
~bella
~kde
~sya
~joe
~fiza
much love!
rindu gila korang wehh
okaylah,fer this while yg neh dulu eyh
thnx fer watching.
haha
nnti aku smbung cter.
nak kuar makan.
outta ~ <3